Apabila anda membeli, menjual atau menukar mata wang kripto atau fiat di Kraken, yuran akan dikenakan. Yuran-yuran ini termasuk:
Yuran Perdagangan: Kraken mengenakan yuran perdagangan tetap, yang akan dikecualikan untuk ahli Kraken+ pada volum perdagangan sehingga $10,000 sebulan (butiran lanjut di bawah).
Yuran Pembayaran: Yuran tambahan mungkin dikenakan bergantung pada kaedah pembayaran pilihan anda, seperti menggunakan kad kredit/debit, pemindahan ACH, atau baki akaun Kraken anda.
Untuk penukaran baki kecil menggunakan ciri “Tukar Baki Kecil”, yuran tetap sebanyak 3% akan dikenakan terhadap amaun di bawah saiz pesanan minimum.
Spread: Apabila menggunakan Perkhidmatan Jual/Beli Segera Kraken, termasuk pembelian khusus dan berulang, harga yang anda lihat termasuk spread, iaitu perbezaan antara kadar pasaran dan kadar yang anda terima. Spread ini berfungsi untuk menjamin kepastian harga sewaktu pelaksanaan pesanan.
Kraken mungkin mengekalkan mana-mana spread lebihan daripada sebuah transaksi. Sila ambil perhatian bahawa spread mungkin berbeza untuk transaksi yang serupa. Saiz spread adalah berbeza berdasarkan faktor seperti: ketaktentuan pasaran, jenis aset, saiz dan jenis pesanan, status VIP Kraken serta aktiviti akaun secara keseluruhan.