Jika anda menerima e-mel yang meminta pengesahan video, anda akan diberikan pautan ke borang yang tamat tempoh dalam masa tiga hari dari tarikh e-mel dihantar. Dalam borang tersebut, anda dikehendaki mengisi butiran berikut dan memilih butang Hantar di bahagian bawah halaman:
- Zon waktu semasa anda
- Tarikh anda tersedia untuk panggilan video
- Masa ketersediaan pada tarikh ini
- Ketersediaan tambahan
- Tarikh alternatif anda tersedia untuk panggilan video
- Masa ketersediaan pada tarikh alternatif ini
- Ketersediaan tambahan
- Jika anda boleh membuat panggilan video dalam bahasa Inggeris
- Kod Pengesahan 4 digit rawak